Wednesday, June 01, 2016

Bermaafanlah sesama manusia


"Ustaz, apa jadi kalau kita TAK REDHA atas kesalahan orang lain yang orang tu buat kat kita?"

Jawapan ustaz tu ringkas je, tapi agak menyentap jiwa :

"Jika dua ekor kambing bergaduh sekalipun, di Akhirat kelak akan ditanya oleh Allah."

Jika kita tak redha, tak memaafkan orang lain, kita akan LEWAT MENITI TITIAN SIRAT.
Ia akan MELEWATKAN AMALAN KITA DIHISAB. Nak ke? 
SEBAB Allah nak kita selesaikan dulu kes kita ni dengan orang2 yang kita tak redha tu. Sorang2 akan datang menghadap kita minta maaf. Nak ke? 
Sedangkan, semua orang sepatutnya berlumba-lumba mahu segera ke SYURGA. Kita asyik berfikir lagi nak meredhai ke tak, mengampunkan ke tak..

Sekarang, tanya balik pada diri sendiri, berbangga ke kita dengan prinsip "Merangkak la korang cari aku kat Padang Mahsyar nanti..!"
Sebab, bukan dia je yang tertangguh masuk ke Syurga, malahan kita juga.

Urusan kesalahan dia tu biarlah Allah selayaknya membalas.
Biarlah Allah menghakimi.
Biarlah dia ditanya dihadapan Allah kelak.

Memaafkan orang lain takkan dapat membaiki masa silam, tapi akan memperbaiki masa hadapan kita.
Kita akan lebih tenang.
InshaaAllah.

Hidup ini terlalu singkat untuk saya membenci. Saya mohon maaf kepada anda semua andai ada salah dan silap yang sengaja ataupun tidak disengajakan, dan saya maafkan segala kesalahan kalian dengan saya jika ada. 
InshaaAllah dgn izinNya. 

Selamat menyambut kedatangan Ramadhan yang sangat kita nantikan. 
MARHABAN YA RAMADHAN.

No comments: