Monday, March 07, 2016

RENUNGAN QALBU MENDIDIK JIWA NURANI



Ayuh Merapat dan Kita Bertuturkata Dengan Adab Berbicara  Serta Komunikasi Yang Ikhlas & Baik

Riwayat: al-Bukhari

Hadith: 
 
Daripada Anas RA bahawasanya Rasulullah SAW apabila bercakap sesuatu percakapan yang baik Baginda akan mengulanginya sebanyak tiga kali sehingga percakapan itu dapat difahami. Apabila Baginda pergi menemui satu-satu kaum, Baginda memberi salam kepada mereka sebanyak tiga kali.
 
Kupasan Hadith: 

1)Peringatan kepada ibubapa , guru dan pengajar supaya mengambilkira dan menilai keadaan pelajar dan anak2 jika mereka kurang faham atau lambat faham hendaklah diulangi penyampaian supaya mereka faham. Sebanyak-banyak ulangan ialah tiga kali. Pendekatan yang berbeza memungkinkn kefahaman berganda dan berkekalan.
    
2)Percakapan yang jelas dan terang dan mengunakan perkataan yang sedap didengar dan baik semasa menjelaskan atau mengklasifikasikan sesuatu perkara adalah di anjur dalam Islam.
    
3)Islam menggalakkan seseorang supaya mengulangi sesuatu perkataan yang baik sehingga tiga kali bagi sesuatu perkataan yang diucapkan agar ianya dapat difahami dengan jelas oleh orang yang mendengar dan dapat dihayati dijiwai oleh orang mendengar.

Pencerahan:

Allah berfirman :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًايُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu sekalian kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, nescaya Allah memperbaiki amalan-amalanmu dan mengampuni dosa-dosamu. Barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenengan yang besar” 
[Al-Ahzab : 70-71]

Dalam ayat lain disebutkan:

Surah Al-Hujraat, ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

Semoga Allah pelihara lidah kita dari tutur kata yang nista.اللهم امين

Selamat beramal dan beristiqomah.

No comments: