Thursday, February 25, 2016

SYAITAN TAKUT KEPADA ORANG YANG BERIMAN



Para sahabat yang dirahmati Allah 'azza wa jalla, sudah sampaikah kepada kalian kisah Umar radhiallahu 'anhu? Kisah di mana sosok tubuh yang mulia ini menjadi salah satu khalifah yang sangat berani dalam menegakkan agama Tauhid.

Memang terkenal Umar radhiallahu 'anhu adalah seorang yang berjiwa pendekar, berani dan tegas, sama ada sebelum beliau masuk Islam atau selepas masuk Islam sampai-sampai ia berani isytiharkan keislamannya kepada penduduk Makkah saat itu.

Disebabkan keimanan dan ketakwaan yang utuh yang tertanam di qalbunya Umar, balasan syurga dijanjikan buatnya oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.

Selain keistimewaan tersebut, syaitan khuatir bertemu dengannya, ini sebagaimana dikisahkan dalam sebuah hadith.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,

إِنِّى لأَنْظُرُ إِلَى شَيَاطِينِ الإِنْسِ وَالْجِنِّ قَدْ فَرُّوا مِنْ عُمَرَ

"Sungguh aku melihat syaitan dari kalangan manusia dan jin lari dari Umar."
[Hadith Riwayat Tirmidzi]

Juga beliau berkata pada Umar,

وَالَّذِى نَفْسِى بِيَدِهِ مَا لَقِيَكَ الشَّيْطَانُ قَطُّ سَالِكًا فَجًّا إِلاَّ سَلَكَ فَجًّا غَيْرَ فَجِّكَ

"Demi yang jiwaku berada di tangan-Nya, syaitan tidaklah menemuimu sama sekali ketika engkau melewati suatu jalan melainkan syaitan kala itu mencari jalan lain selain jalanmu."
[Hadith Riwayat al-Bukhari]

Apa yang menyebabkan syaitan lari dari Umar? Apakah disebabkan keberaniannya? Tidak, namun yang menyebabkan syaitan lari daripadanya adalah disebabkan keimanan dan ketaqwaannya.

Bahkan manusia lain pun bisa membuatkan syaitan takut kepadanya sekiranya ia beriman dengan iman yang benar, mentauhidkan Allah 'azza wa jalla, menjaga amal ibadah, zikir senantiasa.

Dari 'Abdullah Bin Mas'ud radhiallahu 'anhu ia berkata bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

"Setiap orang akan ditemani oleh qorinnya dari jin."

Para Sahabat bertanya; 'Termasuk engkau juga, wahai Rasulullah.?"

Beliau bersabda; ya termasuk aku. Namun Allah telah membuat qorin tersebut untuk tunduk padaku, ia masuk Islam dan hanya memerintahkanku pada kebaikan."
[Hadith Riwayat Muslim]

Duhai Sahabat ku, jangan lagi anda takut pada syaitan. Beranilah, contohilah contohilah Umar. Yakinlah, syaitan itu lemah, ia akan menjadi kuat tatkala anda   bermaksiat dan ia akan lemah tatkala anda taat pada Allah 'azza wa jalla.

Wallahu'alam.

Semoga bermanfaat.

Selamat beramal dan beristiqomah.

No comments: