Saturday, February 13, 2016

ISTIQOMAH SEPERTI RUMPUT


Walau dipijak berulang kali, ia masih mampu bertahan.
Rumput sememangnya lembut, ia melentur apabila dipijak, tetapi akan kembali ke bentuk asal. Cuba kalau rumput tu keras? 

Jadi, kelembutan pada rumput sebenarnya adalah satu kekuatan bukan kelemahan. Kita pun begitu, jangan terlalu berkeras. Kita boleh tegas, tapi jangan berkeras. 

Rumput juga tidak pernah tumbuh bersendirian. Sekali tumbuh mesti bersama dengan yang lain. Gerak tumbuhnya perlahan tetapi sangat konsisten. Sehari demi sehari tanpa kita sedari seluruh kawasan telah dilitupi. Itulah rahsia rumput, hidupnya sentiasa berjemaah dan istiqomah.

Jadilah seperti rumput....

Dengan hidup berjemaah dan bersikap konsisten, banyak kebaikan yang dapat dibuat. Musuh pun tidak dapat menggugat. 

Ya, rumput selalu dipijak tetapi ia tidak dihina. Ia selalu di bawah tetapi ia bukan lemah. Sekalipun lemah lembut, ia tidak musnah walau dipukul ribut...
Subur bersama. 

Doa utk saya dan sahabat semua. kejayaan pasti Akan tiba. percaya Lah.Kekal istiqomalah bersama perjuangan warasatul anbiya'.اللهم امين

Selamat beramal dan beristiqomah.

No comments: