Tuesday, February 16, 2016

Do'a Memohon Keampunan dan Kebaikan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ٍ

ِYa Allah Tuhan Seru Sekalian Alam..
Tiada henti mengucap syukur kehadratMu, atas segala nikmat dan barakah yang telah Engkau berikan kepada kami.

Ya Allah Ya Jaliilu,
Tidak ada yang dapat menghalangi daripada apa yang Engkau berikan, dan tidak ada yang dapat memberikan yang Engkau halangi.

Ya Allah, 
Engkaulah Yang Maha Sejahtera, kepada Engkaulah kami mengharap kesejahteraan, maka hidupkanlah kami dalam keadaan sejahtera. Masukkanlah kami ke dalam syurga sebagai tempat kesejahteraan yang telah Engkau berkati.

Ya Allah Ya Ghofur,
Ampunilah kami, kasihanilah kami, luaskanlah dan angkatlah darjat kami, limpahkanlah rezeki kepada kami. Berilah kami petunjuk dan kesihatan, berilah keampunan kepada sekelian muslimin dan muslimat yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

Ya Allah,
Hanya kepadaMu kami berserah diri.

اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

No comments: