Wednesday, September 30, 2015

Siqah yang tidak dijaga dalam Da’i Milenia Musim Ke 3


Rancangan realiti Da’i Milenia Musim Ketiga terbitan TV3 dikatakan sudah lari dari objektif utama bukan saja daripada daripada batas susila budaya, malah terkeluar daripada batas-batas Islam, sedangkan pesertanya adalah individu yang bakal digelar ‘Pendakwah Milenia’.
Ismaweb.net telah melaporkan bahawa mereka menerima beberapa e-mel dan maklumat daripada orang ramai yang terkejut selepas mereka menonton Episod Pertama yang disiarkan oleh stesen televisyen TV3, semalam.
Sementara memuji usaha TV3 dalam melaksanakan rancangan berbentuk keagamaan bagi melahirkan lebih ramai pendakwah, mereka juga kesal dengan beberapa acara yang disediakan untuk diikuti oleh peserta Da’i Milenia Musim Ketiga itu.
Antaranya yang bertentangan dengan tata susila dan suruhan agama yang disiarkan semalam ialah:
1. Batas-batas pergaulan tidak dijaga;

2. ‘Wargame’ bercampur antara peserta lelaki dan wanita;
3. ‘Pumping’ lelaki dan wanita dilakukan sebelah menyebelah;
4. Para daieyah kurang menjaga adab, menjerit-jerit ketika ‘wargame,;
5. Latihan kawat dilakukan sebelah menyebelah tanpa jarak;
6. Daieyah membuat sesi meluah perasaan mengenai cinta yang tidak kesampaian; dan
7. Kaki da’i dan daieyah diikat bersama ketika program ‘explorace’ atas alasan denda.

Janganlah asbab program itu merupakan program TV dan itu hanyalah permainan, maka dihalalkan ikhtilat yang hukumnya adalah haram kalau tiada bersebab.



Sumber

No comments: