Tuesday, August 18, 2015

Bila Mata dan Hati Berhubung



قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : “عَيْنَانِ لاَ تَمَسُّهَمَا النَّارُ أَبَداً : عَيْنٌ بَكَتْ مِنْ خَشْيَةِ اللهِ، وَعَيْنٌ بَاتَتْ تَحْرُسُ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ”.

Rasulullah SAW bersabda: “Dua mata yang tidak akan disentuh api neraka untuk selama-lamanya : mata yang menangis karena takut kepada Allah dan mata yang berjaga malam di jalan Allah”.                                                                                                         (HR Tirmidzi)

Al-Quran pada banyak tempat memuji tangisan ini. Firman Allah memuji para rasulNYA....

إِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ آيَاتُ الرَّحْمَـٰنِ خَرُّوا سُجَّدًا وَبُكِيًّا ۩ ﴿٥٨﴾

“..apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Ar-Rahman (Allah), mereka segera sujud serta menangis”. 
(Surah Maryam: 58)

Allah ta'ala memuji orang-orang soleh pula ....

قُلْ آمِنُوا بِهِ أَوْ لَا تُؤْمِنُوا ۚ إِنَّ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ مِن قَبْلِهِ إِذَا يُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ يَخِرُّونَ لِلْأَذْقَانِ سُجَّدًا ﴿١٠٧﴾ وَيَقُولُونَ سُبْحَانَ رَبِّنَا إِن كَانَ وَعْدُ رَبِّنَا لَمَفْعُولًا ﴿١٠٨﴾ وَيَخِرُّونَ لِلْأَذْقَانِ يَبْكُونَ وَيَزِيدُهُمْ خُشُوعًا ۩﴿١٠٩﴾

“..sesungguhnya orang-orang yang diberi ilmu sebelum itu apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka segera tunduk sujud. Sambil mereka berkata (dalam sujudnya): “Maha suci Tuhan kami! Sesungguhnya janji Tuhan kami tetap terlaksana. Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk” 
(Surah al-Isra`: 107-109)

Al-Quran juga mengutuk mereka yang keras jiwa mempersenda dan tidak menangis terhadap ayat-ayat Allah. 

أَفَمِنْ هَـٰذَا الْحَدِيثِ تَعْجَبُونَ﴿٥٩﴾ وَتَضْحَكُونَ وَلَا تَبْكُونَ ﴿٦٠﴾

“maka patutkah kamu merasa hairan terhadap keterangan-keterangan ini (al-Quran)? Serta kamu tertawa (mengejek-ejeknya), dan kamu tidak mahu menangis?” 
(Surah al-Najm: 59-60)

ذكر الإما م ابن القيم رحمه الله في كتابه زاد المعاد عشرة أنواع للبكاء نوردها كما ذكرها . 

1- بكاء الخوف والخشية . 
2- بكاء الرحمة والرقة . 
3- بكاء المحبة والشوق . 
4- بكاء الفرح والسرور . 
5- بكاء الجزع من ورود الألم وعدم احتماله . 
6- بكاء الحزن .
7- بكاء الخور والضعف . 
8- بكاء النفاق  
9- البكاء المستعار والمستأجر عليه . 
10 - بكاء الموافقة  

10 jenis tangisan menurut Ibnu Qayyim al-Jawziyyah

1. Menangis kerana rasa takutkan Allah.
2. Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
3. Menangis kerana cinta. 
4. Menangis kerana gembira.
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6. Menangis kerana terlalu sedih.
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8. Menangis orang munafik iaitu pura-pura menangis.
9. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang. 
10. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.

Justeru,

فَلْيَضْحَكُوا قَلِيلًا وَلْيَبْكُوا كَثِيرًا جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ ﴿٨٢﴾

Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis banyak, sebagai pembalasan dari apa yang selalu mereka kerjakan.
(At Taubat : 82)

صدق الله العظيم.

Selamat beramal dan bermuhasabah.

No comments: