Wednesday, July 01, 2015

Peristiwa penting yang berlaku pada 17 Ramadhan

Peristiwa penting dalam Islam yang berlaku pada 17 Ramadhan :



●Peristiwa Peperangan Badar Al-Kubra di antara tentera Islam seramai 313 orang melawan ±1000 orang tentera kafir Quraisy Mekah yang terjadi pada 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrahnya Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, (ketika umat Islam pertama kali diwajibkan melaksanakan ibadah puasa Ramadhan & serba kekurangan dari segi persiapan/pensenjataan).

●Peristiwa turunnya 5 ayat Al-Qur'an yang pertama (Surah Al-Alaq) melalui perantaraan malaikat Jibril a.s kepada Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada hari ini. Ianya berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira.Hayati sirah Baginda صلى الله عليه وآله وسلم  dan para sahabat r.anhum serta sejarah ISLAM.

Hargai perjuangan mereka dan semaikan semangat keislaman dalam setiap nafas kita, kerdipan mata kita, diri dan keluarga kita

No comments: