Sunday, June 14, 2015

Tazkirah di Ambang Ramadhan


ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ 
وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

Tazkirah Sunday INI telah dinaqalkan dari isi Kuliah Khas Ambang Ramadhan. 26 Syaaban 1436. Utz Akram Akrami Mohd Taib Azamudin.

Kenapa kita x jadikan quran macam waze sambil memandu guna waze utk pandu arah destinasi kita. Kenapa x jadikan alquran begitu jadi panduan.


#Wahai orang yg beriman diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas umat terdahulu. 

#Rasulullah pernah dapat wahyu ketika berada di ribaan Aisyah ra. Berbaring di ribaan isteri satu sunnah.

#Allah sentiasa letak ganjaran berganda pd umat nabi saw.

1. Allah tangguhkan balasan atas kesalahan tidak terus dihukum srbagaimana umat terdahulu. Maknanya nak beri peluang umat Nabi Muhammad saw bertaubat atas dosa2nya.

Fahisyah - homoseks. 
#Berlaku pd umat nabi Luth yg Allah telah terbalikkan bumi Sadom dihempas ke bumi dari kedudukan yg tinggi di langit. Dinyatakan lokasi yg kena dulu ke bumi ialah gunung ganangnya. Sebelum itu diturunkan hujan batu yg pd setiap batu tertulis nama pengamal homoseks yg x boleh lari dari kena lontaran batu neraka... Nauzubillah.

#Tidak berlakukah maksiat ini hari ini? Allah masih beri peluang utk pemaksiat ini bertaubat. Jika umat nabi terdahulu sudah pasti ramai yg kena rejam batu neraka dan diterbalikkan kota2 besar didunia ini.

Bermula Ramadhan sekarang kita patutnya:
1. Kita kena banyak berdoa.

2. Kena mula berjinak2 dgn quran. Rasulullah bertalaqi quran dgn Jibril. Kita dah susun utk khatam quran. Cuba utk khatam quran 2 x.

#Tadabbur quran dgn menghayati isi kandungan quran. Maksud dan tafsirnya sekali. Tafsir Alfurqan - TGNA. Al-Azhar- Hamka.

#Kita jangan tinggi suara dari alquran. Quran kata wajib tutup aurat siapa kita nak tolak syariat ini dan berani buka aurat.

#Orang yg sengaja tutup hati dan pejam mata utk taati perintah Allah...Jauhi dari islam maka Allah kata ia lebih teruk dari binatang. Atas diri kita tertanggung dosa dan pahala. Sedang binatang tidak.

#Dulu kita belajar geografi Malaysia terletak digaris khatulistiwa jauh dari gempa bumi tapi hari ini ternyata salah baru2 shj berlaku gempa bumi di Sabah.

3. Susun perancangan peribadi ramadhan kita. Beli siap2 keperluan berbuka dan sahur.
Bukan habis masa tawaf di bazar ramadhan.
Doa mustajab ketika menghampiri waktu berbuka.
Jadikan perniagaan satu ibadah. 
#Susun baca quran lepas solat 4 muka surat #Susun Belanja persiapan raya seawal pagi jadi x terlepas terawekh.

#Susun di masjid mana nak solat jamaah.

#Set jam 7.00 mlm semua mesti dah ada di meja makan tadabur quran kemudian berdoa. Ayah doalah dgn bahasa melayu. Sebut dlm doa nama anak2 kita yg x berapa dengar cakap kita dan yg berapa jaga aurat. Isteri bangun utk siapkan sahur kejutkan dulu suami dan anak2 utk tahajud. 
#Sebagai ketua keluarga kena susun ibadah ramadhan kita.

#Pastikan sahur 1/2 jam sebelum subuh.

#Insyaa Allah jika kita istiqamah tahajjud sebulan ramadhan kita mampu terus melakukannya selepas ramadhan.

4. Perbanyakan sodaqah sepanjang ramadhan. Sodaqah x mesti dgn harta benda. Sabda nabi saw. Bukankah Allah dah jadikan pd kamu sedeqah..setiap tasbih, tahmid, tahlil, mengucap syukur, ajak kepada maaruf dan cegah kemungkaran bahkan berjimak dgn isteri sedeqah. Adakah berjimak juga sedeqah?...bukankah berzina itu berdosa begitulah dgn berjimak yg halal itu berpahala. Susunlah sedeqah ramadhan ini.

Wallahu'alam moga ada manafaatnya.

No comments: