Monday, July 15, 2013

Bayar Zakat guna Kad Kredit ?

Bayar Zakat guna Kad Kredit ~ Semakin hari dunia kita semakin canggih, dan semestinya amalan harian serta mu’amalah ummat Islam turut dipengaruhi dengan kecanggihan alat masakini. Islam itu syumul, biar teknologi yang harus diselaraskan dengan syariah Islam dan bukan syariah Islam yang diselaraskan dengan teknologi.
bayar zakat guna kad kredit
Begitu jugalah kaedah berzakat. Di LZS, di samping ada 22 buah kaunter rasmi zakat, pelbagai method disediakan untuk berzakat. Objektifnya hanya satu, supaya orang mudah menunaikan zakat. Supaya tiada lagi terdengar rungutan.. alahai, susahnya nak berzakat. Tak tahu kat mana dan sebagainya lagi.
Buat pengetahuan pembaca blog www.IslamicTazkirahOnline.com, kini Anda berpeluang untuk membuat pembayaran zakat menggunakan sebarang kad kredit berlandaskan konsep syariah di kaunter bergerak Lembaga Zakat Selangor (LZS) melalui penyediaan perkhidmatan bayaran zakat tanpa wayar atau Zakat@AmIslamic Bank oleh AmIslamic Bank Bhd. (AmIslamic Bank).
Terminal pembayaran tanpa wayar itu memberikan kemudahan kepada pihak LZS membuat pungutan pembayaran zakat di mana-mana lokasi khususnya di kawasan tumpuan ramai seperti di pusat beli-belah. AmIslamic Bank telah bekerjasama dengan pihak LZS sejak bulan Disember 2002 dalam usaha untuk memudahkan pembayaran zakat melalui kemudahan perbankan yang kami sediakan termasuk juga oleh Kumpulan AmBank.
Para pelanggan boleh membuat pembayaran zakat melalui perkhidmatan perbankan dalam talian AmOnline atau mudah alih AmGenie atau di kaunter cawangan daripada akaun simpanan, semasa ataupun kad kredit AmIslamic Bank mengikut kesesuaian diri mereka.
Bagaimana, mudahkan? Semoga dengan terlaksananya sistem ini, umat Islam di Malaysia umumnya dan di Selangor khususnya dapat menjalankan tanggungjawap membayar zakat dengan lebih mudah dan sistematik.
Antara persoalan yang muncul: bukan ke kad kredit tu kat hutang.. so bayar zakat pun nak berhutang ke? apa hujah membolehkan pembayaran melalui kad kredit?
Jawapan: Lembaga Zakat Selangor (LZS) boleh mengaplikasikan konsep wakalah dalam hal ini, iaitu bank penyedia kad kredit akan membayar dahulu sebagai wakil kepada individu dan kemudian selepas itu barulah individu itu akan membayar kembali kepada bank…sebab itulah mereka hanya menerima kad yang Islamik.
Semoga maklumat ini berguna buat pembaca sekalian. Wassalam.

No comments: