Friday, December 02, 2011

Waktu Solat Dhuha

Waktu Solat Sunat Dhuha - bermula lebih kurang 20 minit lepas Syuruk (naik matahari) sehingga lebih kurang 20 minit sebelum Zohor...waktu yang paling afdhal adalah ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam.

Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.”...Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

1 comment:

Luna Moonfag said...

moga berguna utk semua - Azhan